DAP biadap bagi duit judi pada warga emas – Video dan Bukti Hasil Judi

https://dapcelaka.files.wordpress.com/2010/09/suratjudipenang.jpg?w=246

Advertisements

KULASEGARAN DAP INDIA YANG ANTI MELAYU/ISLAM

 
7 Disember 2009, N. Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) berkata “Pandangan saya polisi ketuanan Melayu bertentangan dengan 1Malaysia dan tidak mencerminkan kesejahteraan rakyat negara ini dan sebab itu soalan saya sama ada parti politik MCA, Gerakan turut bersetuju dengan polisi itu,” di lobi Parlimen. N. Kulasegaran perlu baca kembali Perkara 10, Fasal 4 dalam Perlembagaan Malaysia yang melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan Melayu. Ketuanan Melayu bukan polisi tetapi ianya adalah legasi. Tidak boleh dihapus dan dipersoalkan. Orang India pun marah kalau diminta hapuskan legasi mereka. Apakah N. Kulasegaran tidak faham bahawa yang menjadi tuan di tanah Melayu ini adalah Raja Melayu? Raja Kula, Raja Ngeh atau Raja Karpal tidak boleh menjadi tuan di tanah Melayu ini. Perkara ini tidak perlu dicabar lagi, hormatilah hak dan legasi orang Melayu. 
 
 

”Isu ketuanan Melayu tidak patut diteruskan kerana bila kita cakap tentang ketuanan sesuatu bangsa sahaja, ini menunjukkan bangsa lain tidak penting. Sedangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas) kata kita semua datang daripada satu, Adam dan Hawa. ”Dan pada saya sebelum kita Kristian, Hindu atau Muslim kita adalah manusia dahulu. Agama dan bangsa datang selepas itu dan untuk mewujudkan kedamaian kita kena layan manusia lain seperti mana kita nak orang layan kita,” kata Ngeh Koo Ham. Tidak racistdan tidak salah menyebut “Ketuanan Melayu”, memang Melayu yang menjadi tuan di tanah ini. “Ma Lai Ren”, “In Tho Ren” dan “Hua Ren”, ini yang disebut dalam bahasa Cina. Apakah selepas ini perlu ditukar jadi “Ketuanan Ma Lai Ren” barulah DAP berpuashati?

 
Orang Melayu baik pemerintah, pentadbir dan Raja Melayu tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum. Orang seperti Ngeh bebas bercakap, memijak gambar orang Melayu dan rakan-rakan Ngeh dalam DAP dan PKR dengan biaDAPnya telah mempersendakan ayat suci Al-Quran dan kalimah Allah SWT. Kalau disumbat ke adalam ISA, mereka akan kata zalim. Hendak sebut nama Melayu pun dikatakanracist, ini memang biaDAP. Disebabkan orang Melayu amat bertoleransi maka DAP menjadi semakin biaDAP. Legasi bangsa dan martabat agama tidak boleh dibiarkan dipijak oleh orang-orang biaDAP ini. Mereka bercakap seperti orang yang lupa sejarah negara ini. Mereka menuntut yang bukan-bukan, sedangkan bila mereka biaDAP segalanya halal bagi mereka. Mereka menjadi biaDAP kerana ada orang Melayu yang mempertahakan kebiaDAPan mereka. Demi alif, ba dan ta, orang Melayu perlu bersatu untuk ajar mereka yang biaDAP ini.
 
 
dipetik daripada anginperubahan

  

Video DAP @ Lim Guan Eng tolak negara Islam PAS

Melayu sokong DAP?

ARKIB : 24/01/2010

 

Benarkah makin ramai Melayu menyokong DAP? Itulah yang digembar-gemburkan oleh para pemimpin DAP dalam ceramah, perhimpunan mahupun menerusi media kebelakangan ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menyaksikan parti itu menang banyak kerusi, dijadikan modal pukal bahawa semua kaum termasuk Melayu memihak kepada DAP.

Bukanlah Awang mahu terjebak dengan sindrom penafian tetapi apa yang diuar-uarkan oleh parti tersebut tidak lebih sekadar muslihat.

Berdasarkan maklum balas yang akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terima selain pemerhatian menerusi banyak blog, apa yang didakwa oleh DAP tidak benar malah makin ramai orang Melayu menolak parti berkenaan.

Awang turut menerima limpahan emel yang marahkan DAP sejak beberapa bulan lalu berikutan banyak isu termasuk penghinaan terhadap raja Melayu dan usaha membawa pemimpin PKM, Chin Peng pulang.

Anehnya para pemimpin DAP menggambarkan parti itu menerima sokongan secara langsung yang meluas daripada masyarakat Melayu sedangkan hakikatnya cukup berlainan.

Kejayaan DAP mendapat banyak undi Melayu pada PRU ke-12 adalah atas sokongan para penyokong Pas selain sebahagian lagi penyokong PKR. Jika tidak kerana faktor Pas, DAP tidak akan mendapat sokongan Melayu yang signifikan.

Sesungguhnya masyarakat Melayu masih menghindari DAP apatah lagi dalam senario pasca PRU ke-12. DAP menjadi lebih rasis dan semakin agresif dalam gerak tindak mereka untuk menulis semula Perlembagaan negara. Yang tersirat, hala tuju parti itu adalah bagi menubuhkan negara republik – tanpa raja, tanpa mengambil kira sejarah bahawa Melayu sebagai kaum teras dan tanpa Islam sebagai agama rasmi.

Jadi apa muslihat DAP? ia tidak lain bagi mengelirukan orang Melayu dengan memanipulasi sokongan secara tidak langsung yang diterima daripada penyokong Pas dan PKR atas tiket pakatan pembangkang.

DAP terpaksa menjaja gambaran palsu itu untuk terus memastikan sokongan Melayu bertahan jika tidak pun meningkat.

Dengan banyak perkembangan politik yang tidak memihak kepada pembangkang, parti itu bimbang Pas dan DAP gagal menarik sokongan pengundi Melayu pada PRU ke-13 nanti. Perpecahan dalam Pas dan banyak kepincangan PKR termasuk kemerosotan sokongan terhadap Anwar Ibrahim yang menjadi taruhan DAP, adalah petanda jelas.

Perkembangan dalam Pas turut berubah. Parti itu tidak lagi bulat menyokong Anwar, berbeza dengan senario PRU ke-12. Begitu juga sentimen terhadap DAP di kalangan ahli akar umbi Pas, yang kini lebih diwarnai negatif.

Jadi tidak hairan mengapa DAP makin agresif melaksanakan usahanya menarik sendiri sokongan Melayu termasuk melalui program outreach dan penubuhan cawangan khas Melayu terutama di Perak dan Selangor.

Selain itu, sudah lama diketahui DAP melantik seorang dua Melayu menduduki jawatan kanan tetapi mereka tiada pengaruh dan jadi pak turut. Semua orang tahu DAP mendabik dada sebagai parti semua kaum sedangkan realitinya ia dikuasai oleh orang Cina dan memperjuangkan kepentingan kaum itu.

Strategi terbaru ini menampakkan parti itu sendiri tidak percaya dengan kemampuan Pas dan PKR untuk memenangi hati bukan Melayu pada PRU ke-13 nanti. DAP turut khuatir Pas akan beralih arah dengan mengambil pendirian yang lebih mesra UMNO atas nama perpaduan umat Islam. Segala-galanya boleh berlaku. Sekarang ini pun ramai orang Islam sedar, kedudukan Islam semakin kritikal disebabkan perpecahan dan percaturan politik yang silap. Dengan kata lain, DAP tidak boleh mengharapkan Pas dan PKR selama-lamanya.

Selain itu, tujuan DAP menambah ahli Melayu juga kerana menyedari UMNO terus mendapat sokongan kuat orang Melayu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka tidak hairan DAP semakin terdesak untuk menjenamakan semula parti itu termasuk menerusi gagasan terbaru Middle Malaysia. Ia kononnya bersifat merangkumi berbanding konfrontasi dan menjadi milik setiap rakyat terutama generasi muda.

Ramai yang memberi reaksi terutama dalam blog. Ada yang menyatakan Middle Malaysia mempunyai agenda rasis. Menurut satu tulisan: “Sekiranya diterjemahkan Middle Malaysia ke dalam bahasa Mandarin, ia membawa maksud tersirat ‘Malaysia untuk kaum Cina’. Ini boleh ditafsirkan kaum Cina mahu menjadi ‘tauke Malaysia’ kerana Chung adalah sinonim dengan ‘Penguasa Cina’ di Malaysia.”

Awang tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun tanpa hujah seperti itu pun, Awang memang tidak mempercayai DAP. Jika DAP benar-benar menjadi parti untuk semua kaum, Awang tidak akan mempersoalkannya tetapi itu semua hanya pembohongan dan tipu daya. Banyak tindak tanduk parti itu membahayakan asas kenegaraan kita, ia umpama musuh dalam selimut.

Tindak-tanduk DAP menyerang secara konsisten agensi awam di bawah kepimpinan Melayu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), institusi perundangan Islam dan banyak lagi, menyerlahkan lagi belang parti itu.

Sikap keterlaluan DAP memanipulasi isu yang membakar sentimen bukan Melayu juga tidak boleh diterima. Lihat sahaja isu kematian Teoh Beng Hock, penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Katholik dan kejadian gereja dibakar, amat tidak bertanggungjawab.

Pada Awang, DAP adalah parti paling ekstrem, yang berselindung di sebalik nama demokratik tetapi agendanya ultra Cina. Selagi parti itu tidak komited untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan negara, selagi itu Awang tidak akan terpengaruh biarpun pemimpinnya memetik ayat al-Quran dan hadis. Biarlah Melayu yang tidak sedar diri dan yang punya agenda peribadi dipergunakan oleh DAP. Awang bukan jenis itu.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/

Kenapa Blog DAP CELAKA dibina ?

 

Sebenarnya hasrat penulis untuk mengumpulkan bahan bahan tentang DAP samada bentuk video, gambar atau artikel sudah lama tersimpan.

Memandangkan ada galakan dan cadangan dari sahabat agar artikel berkaitan DAP digabungkan dalam satu blog maka usaha membina blog ini telah dijalankan dan berjaya disiapkan pada hari ini.

Membina blog seperti membuka kedai makan. Memerlukan tukang masa yang pandai dan juga tempoh yang juga panjang untuk berjaya. Jika kedai selalu bertukar tukang masa dan sering ditutup atau lambat mengambil pesanan pelanggan sudah tentu kedai tersebut akan lingkup.

Maka hari ini saya berharap blog ini akan menjadi sumbangan kecil saya kepada negara dan agama saya di dalam memerangi penghasut DAP yang jelas CELAKA kerana menggugat keharmonian antara kaum di negara kita.

Moga semakin banyak blog fokuskan DAP akan dibina kerana merekalah punca kerosakan utama di negara kita.

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim blog ini memulakan perjuangannya !!!

Allahu Akbar

Nota : Hasil yang disiarkan di sini mungkin dihasilkan sendiri oleh penulis atau disalin dari blog lain. Sebarang kredit hendaklah diberi kepada penulis asalnya.