Tag Archives: Dun Perak

KULASEGARAN DAP INDIA YANG ANTI MELAYU/ISLAM

 
7 Disember 2009, N. Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) berkata “Pandangan saya polisi ketuanan Melayu bertentangan dengan 1Malaysia dan tidak mencerminkan kesejahteraan rakyat negara ini dan sebab itu soalan saya sama ada parti politik MCA, Gerakan turut bersetuju dengan polisi itu,” di lobi Parlimen. N. Kulasegaran perlu baca kembali Perkara 10, Fasal 4 dalam Perlembagaan Malaysia yang melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan Melayu. Ketuanan Melayu bukan polisi tetapi ianya adalah legasi. Tidak boleh dihapus dan dipersoalkan. Orang India pun marah kalau diminta hapuskan legasi mereka. Apakah N. Kulasegaran tidak faham bahawa yang menjadi tuan di tanah Melayu ini adalah Raja Melayu? Raja Kula, Raja Ngeh atau Raja Karpal tidak boleh menjadi tuan di tanah Melayu ini. Perkara ini tidak perlu dicabar lagi, hormatilah hak dan legasi orang Melayu. 
 
 

”Isu ketuanan Melayu tidak patut diteruskan kerana bila kita cakap tentang ketuanan sesuatu bangsa sahaja, ini menunjukkan bangsa lain tidak penting. Sedangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas) kata kita semua datang daripada satu, Adam dan Hawa. ”Dan pada saya sebelum kita Kristian, Hindu atau Muslim kita adalah manusia dahulu. Agama dan bangsa datang selepas itu dan untuk mewujudkan kedamaian kita kena layan manusia lain seperti mana kita nak orang layan kita,” kata Ngeh Koo Ham. Tidak racistdan tidak salah menyebut “Ketuanan Melayu”, memang Melayu yang menjadi tuan di tanah ini. “Ma Lai Ren”, “In Tho Ren” dan “Hua Ren”, ini yang disebut dalam bahasa Cina. Apakah selepas ini perlu ditukar jadi “Ketuanan Ma Lai Ren” barulah DAP berpuashati?

 
Orang Melayu baik pemerintah, pentadbir dan Raja Melayu tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum. Orang seperti Ngeh bebas bercakap, memijak gambar orang Melayu dan rakan-rakan Ngeh dalam DAP dan PKR dengan biaDAPnya telah mempersendakan ayat suci Al-Quran dan kalimah Allah SWT. Kalau disumbat ke adalam ISA, mereka akan kata zalim. Hendak sebut nama Melayu pun dikatakanracist, ini memang biaDAP. Disebabkan orang Melayu amat bertoleransi maka DAP menjadi semakin biaDAP. Legasi bangsa dan martabat agama tidak boleh dibiarkan dipijak oleh orang-orang biaDAP ini. Mereka bercakap seperti orang yang lupa sejarah negara ini. Mereka menuntut yang bukan-bukan, sedangkan bila mereka biaDAP segalanya halal bagi mereka. Mereka menjadi biaDAP kerana ada orang Melayu yang mempertahakan kebiaDAPan mereka. Demi alif, ba dan ta, orang Melayu perlu bersatu untuk ajar mereka yang biaDAP ini.
 
 
dipetik daripada anginperubahan

  

Advertisements